introduksi



Bersama kita menyingkap santau sebagai satu cabang ilmu hitam. Di sesetengah tempat, santau jua disebut sebagai racun. Tetapi bagi pengamal perubatan tradisional pula tidak begitu pasti akan perbezaan antara santau dan racun. Bahkan ada sesetengah pendapat bahawa antara santau dan racun tiada perbezaan yang jelas.

Apakah yang membezakan antara santau dan racun? Ada pendapat mengatakan bahawa ada pun yang membezakannya ialah kesan yang ditanggung mangsa. Mangsa racun akan menderita serta-merta berbanding dengan mangsa santau. Manakala mangsa santau pula mengalaminya tanpa disedari tetapi menderita secara perlahan-lahan.

Kebiasaannya adunan racun disertakan dengan akar-akar kayu berbisa dan beracun, tetapi tidak pula pada santau. Maka racun yang cuba disampaikan di sini adalah bukan berupa racun dari bahan kimia seperti racun serangga mahupun racun rumpai. Racun yang cuba disampaikan di sini adalah berupa istilah yang menyerupai santau tetapi dengan ramuan yang berbeza yang lazimnya disebut sebagai upas.

Cukup setakat ini dahulu perbicaraan santau di halaman ini semoga bertemu di siri akan datang dan terima kasih kerana sudi melayani info bicara santau di blog ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

semoga bersama kita berbudi bicara semasa berkomen.. akan saya susuri kembali ~ “sekali bersama abadi selamanya”