racun




Selamat bertemu kembali.

Kali ini kita cuba menyingkap secara ringkas akan racun atau upas atau bisa yang cuba dimaksudkan. Juga harus diingat bahawa racun yang cuba disampaikan di sini adalah berbeza dari santau dan juga racun bahan kimia.

Kebiasaannya racun diperbuat dari bahan-bahan atau ramuan-ramuan bisa yang adakalanya terdiri dari bahan-bahan seperti ulat mentibang, segala jenis miang tumbuhan, sumbu pelita minyak tanah dan juga katak beracun.

Bahan-bahan tersebut diperam dengan getah enau atau getah ipoh selama beberapa hari. Kemudiannya dikeringkan dan ditumbuk untuk dijadikan serbuk.

Kesan racun akan menyebabkan mangsanya mengeluarkan darah dari mulut akibat luka pada organ dalaman. Mangsa racun juga mungkin akan maut serta merta sekiranya tidak mendapat rawatan segera.

Kesan racun bergantung kepada kekuatan bahan yang digunakan. Kesan racun terjadi dengan pantas tetapi ia akan segera sembuh sekiranya segera dirawat dan mendapat ubat yang sesuai.

Racun juga boleh diletakkan di dalam kasut atau disapu pada tali kasut. Akibatnya menyebabkan kecederan dan kerosakan pada kaki mangsa. Selain menderita bisa, mangsa juga akan berasa gatal di bahagian anggota kaki yang terkena racun.

Racun juga mampu memberi kesan terhadap kulit badan jikalau disapukan pada pakaian. Untuk tujuan tersebut, kebiasaannya racun disapukan pada pakaian yang sedang dijemur di ampaian. Berhati-hatilah.

Untuk mengakhiri bicara kali ini, contoh bahan bahan yang digunakan untuk membuat racun seperti yang dijelaskan hanyalah sekadar merupakan salah satu cara membuat racun. Terdapat pelbagai bahan lain lagi yang digunakan untuk tujuan ini.

Sekian dahulu bicara kita kali ini dan bertemu lagi di entri yang akan datang dengan bicara yang lebih menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

semoga bersama kita berbudi bicara semasa berkomen.. akan saya susuri kembali ~ “sekali bersama abadi selamanya”